Wednesday 7 October 2015

Kren Tumbang Di Mekah

Ya Allah, 

Memang terkejut okay bila tahu tentang kejadian kren tumbang di Mekah @ Masjidil Haram. Mula-mula iday ingat jambatan runtuh, tetapi rupanya Kren tumbang akibat angin kuat. 

Update : Empat warga Malaysia disahkan maut. 
\

Kren berikut dikatakan menghempap jemaah haji yang sedang tawaf. Tabung Haji juga mengesahkan setakat ini enam jemaah Malaysia cedera dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan Makkah itu. 

Tadi pon iday ada tengok video rakaman kren tu jatuh. Boleh tengok video bawah, jangan risau, tiada video mangsa kejadian hanya moment semasa kren tu jatuh. 
Image result for gambar kren jatuh di mekahImage result for gambar kren jatuh di mekahAngka korban kejadian kren tumbang di Masjidilharam, Makkah kini meningkat kepada 107 orang manakala 238 dilaporkan cedera termasuk 6 orang rakyat Malaysia. Salah seorang dari mereka patah kaki dan 5 yang lain hanya cedera ringan. 

Berikut adalah video rakaman saksi yang menceritakan tentang kejadian kren runtuh di Makkah. 


"Saya ingatkan petir sebab tidak nampak objek, saya lihat orang berpusu-pusu lari dalam keadaan berlumuran darah"

Image result for gambar kren jatuh di mekah

Sama-sama kita doakan jemaah haji yang lain yang dapat meneruskan ibadah haji dengan sempurna dan salam takziah buat keluarga mangsa. Memang satu kejadian yang menyedihkan buat semua umat Islam di dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun .




No comments:

Post a Comment